Monday, January 24, 2011

Jawapan kepada kritikan PAS


Jawapan kepada kritikan PAS
         Setiap manusia mempunyai hak untuk mengkritik orang lain. Sepanjang BN memerintah negara kritikan sering dilemparkan tokoh pembangkang dalam negara sama ada PAS,PKR atau DAP.
         Malah pemimpin dunia juga banyak mengkritik tindakan dan keputusan BN.Kritikan tidak pernah melemahkan pemimpin BN malah memberi kekuatan dan inspirasi kepada pemimpin BN untuk terus berusaha memajukan bangsa dan negara.
         Dalam negara demokrasi setiap manusia berhak memberi pendapat namun tidak semua pendapat dan kritikan boleh diterima.Manusia bijak perlu belajar menilai kritikan dan cemuhan sebelum melemparkannya.
         Kadangkala kritikan dan cemuhan lahir daripada kebencian dan niat terselindung.Ini adalah sikap individu yang tidak mahu menerima kebenaran.
Antara kritikan yang dilemparkan ialah :

1.UMNO parti anti agama islam.

         UMNO  adalah parti Islam walaupun tidak menggunakan nama Islam sebagaimana PAS.PAS sering melemparkan tuduhan bahawa UMNO  anti  islam.
          Antara bukti yang dikatakan adalah kenyataan pemimpin UMNO  berkaitan isu agama,contohnya isu Hudud yang dicanang pemimpin PAS.UMNO  tidak menolak hukum hudud dengan total, hanya mengatakan bahawa hukum hudud belum boleh dipraktikkan kerana mempunyai beberapa masalah yang perlu diselesaikan.UMNO juga terbuka mengatakan hujah bahawa jika hudud dilaksanakan dan hanya orang islam sahaja menerima hukum tersebut manakala bukan islam tidak terlibat maka orang islam akan bertambah lemah.Contohnya orang islam mencuri akan dipotong tangan manakala bukan islam hanya menerima hukuman penjara.Itulah ketidakadilan yang dihujahkan UMNO.
         Malah ketika islam bertapak di Madinah dan undang-undang islam ditegakkan,hukum hudud dijalankan kepada semua kaum dan bangsa sama ada beragama islam atau tidak.Walaupun bukan islam seperti Yahudi dan Nasrani dikenakan hukuman mengikut kitab kepercayaan mereka,namun jenis hukuman adalah sama sebagaimana hukum islam,jadi adalah relevan ia dilaksanakan.

         Namun jika dilaksanakan di Malaysia di mana orang islam menerima hudud dan bukan islam hanya menerima hukum jenayah maka umat islam akan lebih lemah
berbanding bukan islam.
           Hudud perlu dilaksanakan kepada semua warganegara bagi menegakkan keadilan dan hak saksama.Itulah yang dilakukan ketika Baginda saw masih hidup.Malah golongan bukan islam menerima hukum hudud dengan baik.
          Ketika Dr Mahathir bergelar Perdana Menteri beliau telah mengislamisasikan banyak modul dan bidang.Contohnya slogan “Bersih,Cekap ,Amanah”.Ia adalah slogan yang jelas diambil dari intipati islam.Beliau juga mengislamisasikan ekonomi dengan penubuhan Bank Islam,sistem kewangan islam dan sebagainya.Sekolah agama lahir bagai cendawan dan jumlah masjid bertambah banyak.
          Tidakkah itu semua menunjukkan beliau seorang beragama islam dan menyayangi islam?
          Pengkritik hanya melihat satu aspek dan hanya melaungkan hukum hudud dan mengabaikan islamisasi dalam pelbagai bidang lain sedangkan islam itu adalah agama yang syumul dan sempurna.Pembangunan ekonomi yang diterapkan pemimpin UMNO  telah memberi banyak faedah kepada orang islam dan bukan islam.UMNO berjaya merangka modul dan pelan untuk meningkatkan kehidupan rakyat yang dahulunya hidup dalam kemiskinan dan berjaya keluar dari kepompong miskin serta berjaya dalam kehidupan.
          UMNO  banyak menerapkan islam dalam pemerintahan negara.Hanya kerana pemimpin UMNO tidak berjubah atau berkopiah,PAS mengkritik pemimpin UMNO anti islam.Adakah ianya patut?
                                                                               
             Sebenarnya pengkritik hanya tahu mengkritik,namun kritikan adalah kritikan yang tidak berasas dan lari dari asas kebenaran.Islam mempunyai pelbagai aspek dan pengkritik hanya melihat satu aspek sahaja.
         Memang menyedihkan apabila UMNO dilabelkan parti yang anti islam sedangkan UMNO  telah membawa banyak perubahan kepada sistem agama islam dalam negara.Malah pemimpin UMNO  pernah mencadangkan penggunaan dinar emas kepada semua negara islam agar pihak Barat dan Eropah tidak sewenangnya memanipulasi mata wang negara islam.Idea dan cadangan ini dilontarkan setelah negara kerugian berbilion dolar akibat tindakan penyangak mata wang bernama George Soros .
           Negara-negara Asia kerugian akibat tindakan spekulator yang memanipulasikan mata wang dalam masa yang agak singkat.Pemimpin UMNO seperti Dr Mahathir yang berusaha membangunkan negara dengan usaha gigih kecewa dan sedih dengan serangan mata wang yang dilakukan spekulator.
         Apa yang menyedihkan negara-negara islam masih tidak mahu mempraktikkan idea Dr Mahathir agar penggunaan dinar emas dilaksanakan.Idea dinar emas adalah praktikal berbanding penggunaan dolar Amerika di mana nilainya berubah-berubah mengikut keadaan semasa berbanding dinar emas yang lebih stabil.
          Dr Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO mempunyai pengetahuan agama yang cetek,namun dengan pembacaan dan memiliki penasihat agama yang bertauliah ,ramai pemimpin UMNO mampu menjalankan pelbagai program dan sistem islam dengan baik.Tuduhan UMNO  anti islam adalah tidak berasas kerana jelas segala sifat dan peribadi pemimpin UMNO ,juga sistem dan modul yang dilaksanakan telah membuktikan bahawa UMNO parti mengangkat darjat agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar.



No comments:

Post a Comment