Monday, January 24, 2011

Sifat Munafik dalam peribadi pemimpin PAS.


Sifat Munafik
   dalam peribadi pemimpin PAS.

Sifat Munafik dalam peribadi pemimpin PAS.

Kandungan :
Prakata
Definisi Munafik.
Bab 1 : Suka berbohong.
Bab 2 : Suka memfitnah.
Bab 3 : Membiarkan kemiskinan.
Bab 4 : Mengabaikan rakyat.
Bab 5 : Mungkir janji.
Bab 6 : Mencaci-maki.
Bab 7 : Mendedahkan keaiban orang lain.
Bab 8 : Mengkafirkan orang lain.
Bab 9 : Mengkhianati amanah.
Bab 10 : Menggunakan agama untuk politik.
Bab 11 :Tidak tetap pendirian.
Bab 12 : Fatwa sesat
60 Dalil penyelewengan PAS
Penyelewengan Pas menyalah guna ayat suci Al-Quran mengikut tujuan politik mereka.
Jawapan kepada kritikan PAS
Islam dan keperibadian pemimpin UMNO
Penutup

 Prakata
      Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
       “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan
berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah
kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi
dari orang-orang yang soleh.”
         “Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurnia-Nya,
mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan
janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa
membelakangkan (kebajikan).”
        “ Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka
(berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah
memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka
sentiasa berdusta.”
surah at-Taubah  ayat 75 -77
        Pengarang membaca ayat-ayat Tuhan ar-Rahman dan mendapat ilham untuk menulis buku ini supaya menjadi  sumber ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada umat Islam di Malaysia.
      Pada zaman moden ini terlalu banyak berlaku perpecahan dan masalah kepada umat Islam.Sejak kejatuhan empayar Osmaniyyah ,umat Islam berpecah dan tidak bersatu padu.Ini disebabkan wujud golongan Munafik yang berusaha melahirkan fitnah dan kekacauan kepada umat Islam.
      Golongan Munafik adalah amat berbahaya kerana mereka zahirnya Islam pada rupa,nama dan pakaian namun peribadi mereka amat jauh dan menyimpang dari ajaran Quran dan hadis.
      Sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957  pemimpin UMNO dan Barisan Nasional telah berusaha memajukan bangsa,agama dan negara namun golongan Munafik telah menimbulkan pelbagai masalah seperti fitnah,demontrasi,ancaman kepada negara.
      Semoga buku kecil ini akan membuka minda bangsa Melayu dan orang islam  agar mengenali siapakah golongan Munafik dalam negara kita.

Menulis kerana bangsa,agama dan negara...............


Definisi Munafik.

         “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari
(lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh
menolong mereka.”
(surah An-Nisaa'  ayat  145)

         “Dan supaya dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan orang-orang munafik perempuan,
dan orang-orang Musyrik laki laki dan orang-orang musyrik perempuan yang mereka itu berprasangka
buruk terhadap Allah, mereka akan mendapat giliran (keburukan) yang amat buruk, dan Allah memurkai
dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah
seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah  Al Fath ayat  6)

          Munafik adalah orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya namun mereka melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi ajaran Quran dan hadis.Golongan munafik wujud sejak zaman Baginda saw masih hidup yang diketuai Abdullah bin Ubai.
         Walaupun Abdullah bin Ubai melakukan pelbagai kejahatan dan fitnah yang memecah-belahkan orang islam namun Baginda saw tiak membunuhnya walaupun para sahabat meminta izin untuk membunuh mereka.Baginda saw bersabda “Jika mereka dibunuh maka orang kafir akan mengatakan Mohammad saw membunuh orangnya sendiri”.
        Begitulah keputusan  Baginda saw kepada golongan Munafik walaupun mereka menimbulkan pelbagai masalah kepada umat islam.Baginda saw mengambil keputusan tidak membunuh mereka kerana tidak mahu orang bukan Islam tersalah anggap dan memandang buruk kepada agama Islam.                                                                               
         Mengikut sejarah,golongan Munafik menimbulkan pelbagai masalah,antaranya :
1.Menimbulkan fitnah.
       Golongan munafik sering menimbulkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti dengan niat memecah-belahkan umat Islam.Ketika Baginda saw masih hidup,mereka menimbulkan fitnah bahawa Saidatina Aisyah r.a berzina dengan seorang sahabat.
2.Melahirkan ajaran baru.
      Golongan munafik melahirkan ajaran baru yang bertentangan dengan ajaran Quran dan hadis hingga menyebabkan perpecahan dan lahirlah pelbagai akidah baru seperti Khawarij,Jabariah dan sebagainya.
3.Fanatik dengan ketua pilihan mereka.
       Golongan munafik bersikap fanatik dengan ketua dan kefanatikan ini melahirkan perpecahan umat Islam hingga terbunuhnya  saidina Omar al-Khattab ,saidina Osman bin Affan dan saidina Ali bin Abi Thalib.
4.Menghasut umat Islam menjauhi amalan kebaikan.
     Golongan munafik menghasut dan mempengaruhi umat islam agar menjauhkan amalan mulia seperti bersedekah dan berzakat.Pada zaman saidina Abu Bakar as-Siddik golongan munafik mempengaruhi orang Islam agar tidak membayar zakat dan Abu Bakar terpaksa memerangi mereka.
5.Mengajak kepada maksiat.
      Golongan munafik mengajak umat Islam melakukan pelbagai maksiat  dan in menyebabkan umat Islam hanya islam pada nama dan tiada amalan.
                                                                                      -4-
6.Memperdaya dengan pakaian.
     Golongan munafik memperdaya umat Islam dengan pakaian seperti jubah dan serban namun mengamalkan sifat dan perbuatan keji sebagaimana Abdullah bin Ubai yang berpakaian seperti Baginda saw dan bersolat di belakang Nabi saw namun melakukan pelbagai perbuatan yang memecah-belahkan umat Islam.
      Demikianlah beberapa sikap dan tindak tanduk golongan munafik.Mereka hanya islam pada nama dan melakukan pelbagai kejahatan dan keburukan demi memecah-belahkan umat islam sejak zaman Baginda saw hinggalah kiamat.
      Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain bekas Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa  munafik atau nifaq adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab.``Dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,''

to be continued..................




No comments:

Post a Comment